Thursday, January 24, 2013

Pokok Pisang Berbuah Di Batang

Rafi
Rafi menunjukkan buah pisang yang berbuah di batang.
KUALA NERUS – Seorang penduduk bukan sahaja terkejut melihat pokok pisang  berhadapan tingkap bilik tidurnya berbuah pada batang, sebaliknya ia merupakan satu keajaiban dan pertama kali dilihatnya.

Rafi Shaffie, 27, berkata, dia sama sekali tidak menduga ada antara pokok pisang yang ditanam ibu bapanya di kawasan sekeliling rumah di sini, berbuah di batang.

“Saya mula perasaan dengan pisang yang tumbuh di batang kira-kira seminggu yang lalu dan sejak  itu, kawasan rumah saya menjadi tumpuan orang kampung untuk melihat sendiri keajaiban alam ini .

“Meskipun kejadian pokok pisang pelik sering ditemui di Rafi menunjukkan buah pisang yang berbuah di batang. tempat lain, namun penemuan sebegini adalah yang pertama kali di kampung saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pokok pisang yang berbuah pada batang itu juga tumbuh rendah jika dibandingkan dengan pohon yang ditanam dalam masa yang sama.

“Setakat ini, saya tidak bercadang untuk berbuat apa-apa dan ingin menunggu sehingga pisang itu masak dan melihat sama ada isinya sama atau tidak dengan pisang lain yang ditanam ibu bapa saya,” katanya.

Katanya lagi, sewaktu awal penemuan pokok pisang pelik itu, rumahnya kerap kali dikunjungi jiran untuk melihat pokok pisang yang menjadi bualan ramai itu.

0 Komen: