Thursday, May 15, 2014

10 pemain bola sepak terkaya didunia

Senarai 10 pemain terkaya dunia termasuk dua bintang Liga Perdana Inggeris ini adalah merangkumi aset, gaji, tempoh kontrak, bonus dan pengesahan penajaan. 
1. Cristiano Ronaldo: RM660 juta (£122 juta)

Pemain Portugal yang dinobatkan pemain terbaik dunia pada 2013 ini hanya sedikit mengatasi pesaingnya Lionel Messi selepas berada di kedudukan teratas senarai pemain terkaya di dunia.

2. Lionel Messi: RM652 juta (£120.5 juta)

Bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d’Or 2013 berada di kedudukan kedua di belakang Ronaldo, dengan Barca turut dikecewakan tiga kali berturut-turut selepas gagal mengatasi Real dalam merebut kejuaraan La Liga sebelum ini.

3. Samuel Eto'o: RM378 juta (£70 juta)

Pemain Cameroon menerima pemotongan gaji sebanyak RM70 juta (£13 juta) selepas menyertai Chelsea dari Anzhi Makhachkala musim ini, dengan gajinya berubah dari RM1,900,000 (RM£350,000) kepada RM540,000 (£100,000). Ketika di Rusia beliau merupakan pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia.

4. Wayne Rooney: RM373 juta (£69 juta)

Penyerang Manchester United ini baru sahaja menandatangani kontrak terbesar dalam sejarah bola sepak British yang mana beliau akan menerima RM460 juta (£85 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan perjanjian baru ditambah dengan pelbagai perjanjian, ia membuatkan Rooney menjadi pemain bola sepak Inggeris yang menerima bayaran tertinggi.

5. Kaka: RM365 juta (£67.5 juta)

Pemain Brazil yang kecundang di Real Madrid, namun kembali bangkit ke prestasi terbaiknya di AC Milan. Dia pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain kegemaran kelab itu.

6. Neymar: RM356 juta (£66 juta)

Pemain muda Brazil ini yang membuat perpindahan besar ke Eropah pada musim lalu sekaligus meletakkan dirinya dalam senarai 10 pemain terkaya. Bintang Barcelona, Neymar, kini turut bersama skuad negaranya untuk bersaing dalam Piala Dunia yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

7. Ronaldinho: RM346 juta (£64 juta)

Pemain berusia 33 tahun ini meninggalkan Eropah empat tahun lalu tetapi dia kekal sebagai pemain bola sepak yang paling dikenali di dunia. Dia yang kini beraksi di Atletico Mineiro masih mempamerkan kemampuan dan bakatnya.

8. Zlatan Ibrahimovic: RM308 juta (£57 juta)

Siri perpindahan di kalangan kelab besar termasuk AC Milan, Inter, Barcelona, Juventus dan PSG, menyaksikan Zlatan mengumpul kekayaan yang besar. Pemain lincah Sweden ini adalah salah seorang pemain paling berkarisma dan juga mempunyai perjanjian penajaan besar dengan jenama sukan Nike.

9. Gianluigi Buffon: RM281 juta (£52 juta)

Kapten Itali dan Juventus ini adalah penjaga gol yang menerima bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak selepas menandatangani kontrak besar dengan Old Lady.

10. Thierry Henry: RM254 juta (£47 juta)

Lagenda Arsenal ini adalah salah seorang daripada dua pemain yang beraksi di luar eropah tersenarai dalam 10 pemain terkaya dunia. Beliau menandatangani kontrak lumayan dengan New York Red Bulls pada 2010. Pemain Perancis ini kini berusia 36 tahun tetapi masih menjadi penjaring utama di kelab MSL itu.

Sumber : astro arena 2014

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...