Friday, May 9, 2014

Talam Dua Muka

Kalau tengok tajuk blog pun dah tau apa CM nak cerita kan... Baik la anak2, mari belajar Bahasa Melayu.

Talam Dua Muka membawa maksud:
1. Orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh
2. Berbuat baik di hadapan orang sedangkan di belakang mengumpat atau maki hamun

Hari ini CM akan ajar macam mana nak bina ayat dengan peribahasa pilihan hari ini...

contoh 1: Si polan ni memang talam dua muka. Depan orang bukan main mesra tapi dekat belakang orang mengata.

contoh 2: Aku talam dua muka sebab aku suka berlakon baik depan orang padahal aku kutuk habis-habisan.

contoh 3: Aku terpaksa jadi talam dua muka sebab hendak ambil kesempatan dekat orang lain.

Dengan contoh2 bernas seperti di atas, anda telah pun berjaya menguasai pemahaman tentang maksud Talam Dua Muka. CM rasakan tempt kerja CM pun ada yang jenis macam ni. Depan jer baik tapi dibelakang Tuhan saja yang tahu. 

Sebenarnya, peribahasa Talam Dua Muka ni dah ketinggalan zaman... Outdated... Sekarang ni sepatutnya, Talam Macam2 Muka atau Talam Multiple Muka...

p/s: Sedapnya kuih talam...

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...