Monday, August 10, 2015

Tokoh Dikir Barat Kelantan 2015

Tahniah my father yang dianugerahi tokoh dikir barat negeri kelantan buat kali ketiga dah kalau CM tak silap. Mungkin ramai tak tahu yang ayah CM merupakan pengiat kesenian dikir barat antara yang paling lama di negara kita. Barisan pengiat seangkatan beliau dah ramai meninggalkan kita semua.. alhamdulillah semoga Allah memanjangkan umur ayah CM ni. Oohhh lupa nak bagitau, nama ayah CM ni orang panggil Dollah Tok Deh atau Dollah Anak Singa atau Pak Nik Lah. Merupakan seorang tukang karut lagend di negeri Kelantan. Alhamdulillah pada saat ini ayah CM masih diberi kesihatan yang baik. Syukur alhamdulillah. Kalau sape2 nak jemput ayah CM buat show boleh la hubungi ayah CM tu atau PM jer CM. :)

0 Komen: