Sunday, February 7, 2016

2015 Yang Cemerlang
















Penutup tahun 2015 yang cemerlang. Begitulah kesimpulan yang boleh CM simpulkan. Disebabkan lama dah tak menulis, jadi malam ini terdetik dihati untuk menulis sikit tentang pencapaian yang cemerlang tahun 2015. Baru-baru ini berlangsung pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2015 anjuran RTM. Pertandingan itu diadakan di Kuantan Pahang. CM pun terlibat sama dalam pertandingan tersebut mewakili kumpulan Sunang Detaga, KL. Sebanyak 4 kumpulan yang berentak pada hari itu untuk merebut hadiah RM40000 (hadiah terbesar dalam sejarah penganjuran dikir barat). Dipendekkan cerita, kumpulan CM telah berjaya menyapu bersih semua hadiah pada pertandingan tersebut. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Antara hadiah yang kumpulan CM menang ialah, Jogho terbaik (RM5000), Tukang Karut Terbaik (RM5000). Persembahan Terbaik,(RM5000) dan juara keseluruhan (RM40,000). Alhamdulillah syukur kehdarat ilahi atas rezeki yang dikurniakan. Walaubagaimanapun, dah lebih 2 bulan dah pertandingan tersebut, tapi tak dapat merasai lagi hadiah kemenangan tersebut.Tapi tak mengapalah, tak kan lari gunung dikejar. hehehe. Dapat hadiah nanti, kumpula CM dah rancang dah nak buat kenduri kesyukuran dengan menumbangkan seekor lembu. semoga hadiah itu cepat2 dapat dan perancangan pun dapat dijalakan nanti, insyaalah.

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...