Sunday, February 14, 2016

Telatah Cinta hati papa

Tengokla telatah cinta hati CM ni. Dua orang hero nilah pengubat segala masalah di sekolah. Tak jumpa sehari dengan diorang tak blh nak duduk. Ada jer hal yang diorang buat. Yang selalu diorang buat ialah panjat atas meja komputer CM. Marah la macam mana pun, diorang tetap panjat. Kadang2 naik stress, tapi kejap jer... sebab tu hiburan diorang. Adriey kalau CM marah mula la buat muka comel, sengih macam kerang busuk. Hahahaha. Pahtu tak jadi nak marah. Abang adrie lak, langsung tak boleh nak tinggi suara, manja sangat. Mula la nangi dan berdrama peluk CM. Huhu. Tulah penghibur dikala duka dan ubat segala masalah.syukur diatas kurniaan amanah Allah ini. Semoga anak2 syurga ini menjadi anak2 yang soleh dan taat pada ibubapa. Amiin.

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...