Friday, May 26, 2017

Jangan jadi bodoh

Haruslah difahami bahawa menjadi bodoh dan diperbodohkan orang ini adalah sifat yang hina dan dhinakan. Walaupun demikian, kadangkala tanpa kita sedari kita juga bertindak membodohkankan orang dengan memandang rendah pada orang ataupun pencapaian orang tertentu. Dilihat pencapaian dirinya lebih tinggi dari orang lain. Oleh itu hindarkan diri dari membodohkan orang kerana tidak ada satu pun nikmat yang hasil dari perbuatan itu melainkan sombng bongkak, ria’ dan takabbur sahaja.

Jika pula kita selalu diperbodohkan, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita sehingga kita dilihat bodoh. Disebabkan kita selalu dibodohkan orang, nilai harga diri kita akan merosot, menurun dan keyakinan diri akan hilang. Orang yang diperbodohkan itu menjadi bahan ejekan dan di main-mainkan sesuka hati dijadikan kuda tunggangan samada secara sedar atau tidak sedar.

Untuk mengelakkan diri dari membodohkan orang, eloklah kita bermuhasabah diri. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang boleh membantu dengan kata-kata yang lunak berbau nasihat dan berjiwa besar. Berkawanlah dengan orang yang selalu memberikan perangsang untuk maju, bukan orang yang mencari jalan bagaimana hendak meruntuhkan kawan.

Elakkan diri dari dibodohkan orang dengan mencari ilmu dan berwaspada dengan orang yang suka membodohkan orang. Jauhkan diri dari kawan-kawan yang sedemikian kerana boleh ia melemahkan diri, menjatuhkan nilai diri dan menjadikan diri tidak dihormati.

Moral of the story: Berwaspadalah dan cari jalan supaya nilai harga diri anda sentiasa bertambah.

0 Komen: